Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyerang Parlimen UK kelahiran Britain, kata May

Penyerang yang membunuh tiga individu berhampiran Parlimen British sebelum ditembak mati adalah kelahiran British dan pernah disiasat oleh ejen perisikan MI5 berhubung kebimbangan keganasan, kata Perdana Menteri Theresa May.

Pihak polis telah menahan lapan orang di enam lokasi dekat London dan Birmingham dalam proses siasatan serangan solo yang diilhamkan oleh ideologi Islam yang sesat, jelas beliau.

Empat puluh individu mengalami kecederaan dengan 29 orang berada di hospital, tujuh daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, demikian menurut laporan Reuters.

"Apa yang saya boleh sahkan ialah lelaki itu kelahiran Britain dan beberapa tahun yang lalu, beliau disiasat oleh MI5 berhubung kebimbangan keganasan," kata May dalam kenyataan kepada Parlimen.

"Beliau adalah tokoh periferal...Bukan sebahagian daripada gambar perisikan semasa. Tidak ada risikan terlebih dahulu mengenai niat beliau atau plot," ujarnya sambil menambah identitinya akan didedahkan apabila siasatan membenarkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS