Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pejuang veteran kemerdekaan Siti Rahmah meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 25, 2017 8:07 AM
Dikemaskini: 12:22 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran Umno Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia semalam.

"Innalillah. Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah.

"Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah," kata Najib menerusi laman Twitternya malam tadi.

Siti Rahmah yang juga pejuang kemerdekaan itu meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya pada 10.55 pagi semalam, meninggalkan empat anak perempuan dan seorang lelaki.

Allahyarham adalah wanita pertama yang menyerahkan barang kemasnya kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk menampung perbelanjaan rombongan ke London dalam misi menuntut kemerdekaan.

- Bernama

ADS