Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih cepat isu kepimpinan Pakatan Harapan boleh diselesaikan, ia adalah lebih baik bagi gabungan pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung kedudukan samar-samar HARAPAN mengenai siapa akan menjadi calon perdana menteri dan timbalannya jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

"Pemimpin Pakatan Harapan mengakui persepsi bahawa kita perlu lebih bersatu.

"Pakatan ini akan membolehkan kami membincangkan isu seperti kepimpinan dan pembahagian kerusi secara bebas dan ikhlas.

“Lebih cepat kita selesaikan ini, makan ia akan menjadi lebih baik untuk Pakatan Harapan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.

Muhyiddin, berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BERSATU, juga mengumumkan pelantikan pengerusi dan timbalannya untuk kepimpinan parti itu di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.

Katanya, kepimpinan bagi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Perlis akan diumumkan pada masa akan datang.

Muhiyiddin berkata BERSATU tidak akan menubuhkan pejabatnya di Sabah atau Sarawak kerana ia akan menumpukan usahanya pada kawasan di Semenanjung Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tidak ada tempoh masa atau tarikh akhir ditetapkan untuk mengumumkan pemimpin pakatan pembangkang itu.

"Pada mesyuarat (Majlis Presiden Pakatan Harapan) semalam, kita membincangkan pembahagian kerusi dan kita melahirkan harapan bahawa BERSATU diberikan pengiktirafan, dengan peranan kami untuk menarik sokongan lebih besar di kalangan pengundi Melayu yang beragama Islam.

"Kami difahamkan terdapat beberapa pertindihan kerusi buat masa ini... tetapi isu paling penting adalah ‘winability’ - pihak yang boleh menarik sokongan paling banyak dan menang perlu diberi pertimbangan sewajarnya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS