Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M, Wan Azizah bakal dilantik penasihat protem HARAPAN

Pakatan Harapan bersetuju melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat jawatankuasa protem.

Keputusan untuk membentuk 18 ahli jawatankuasa protem dibuat pada mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang diadakan pada Isnin lalu dengan penyertaan sulong Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Daripada 18 ahli, 16 (ahli protem) akan dibahagikan sama rata oleh empat parti, manakala dua kedudukan istimewa diberikan kepada Wan Azizah dan Tun Mahathir," kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

"Kami memuruskan (untuk menamakan kedua-duanya) Wan Azizah dan Mahathir sebagai penasihat. Mereka akan memegang jawatan sama dan mereka sama-sama penting," katanya.

Bagaimanapun, katanya, semua ini bergantung kepada terma dan syarat serta prosedur yang digariskan oleh Pendaftar Pertububuhan berhubung pendaftaran parti komponen.

“Kami belum melihat borang (pendaftaran) lagi, ia bergantung kepada (jenis jawatan dalam) borang," katanya.

Menurut Khalid, ini adalah langkah awal untuk menjadi satu kepimpinan bersama dalam gabungan itu sejak ia dibentuk oleh beberapa parti.

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan Isnin lalu memutuskan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan berikutan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam perikatan pembangkang itu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, empat parti - PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU - akan kembali dengan barisan calon-calon mereka pada mesyuarat minggu.

Katanya, AMANAH masih belum menamakan secara rasmi calon-calonnya.

"Mungkin, (parti akan melantik) presiden (Mohamad Sabu) dan timbalan presiden (Salahuddin Ayub) akan menyertai jawatankuasa ini," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa 18 ahli jawatankuasa protem itu adalah kabinet bayangan barisan HARAPAN.

Menurutnya, HARAPAN tidak membincangkan mengenai calon perdana menteri bagi menggantikan mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara Sungai Buluh pada mesyuarat Isnin lalu.

 

Lihat Komen
ADS