Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ADUN DAP mahu belajar kelas bahasa Arab
Diterbitkan:  Mar 29, 2017 1:44 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Lau Weng San (DAP - Kampung Tunku) mencadangkan kelas Bahasa Arab yang diadakan di masjid di Selangor turut dibuka kepada golongan bukan Islam.

Pemimpin DAP itu yakin cadangannya itu akan mendapat sambutan golongan bukan Islam, sekali gus merapatkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira fahaman agama.

“Saya percaya kalau kelas Bahasa Arab dibuka kepada bukan Islam, ramai yang ingin menyertainya dan ini juga dapat merapatkan hubungan antara Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi (PAS - Sabak) ketika membahas usul menyembah ucapan terima kasih dan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Sultan Selangor di DUN Selangor hari ini.

Sallehen menyifatkan cadangan Lau itu sebagai idea baik yang perlu diambil perhatian pengurusan masjid.

“Pengalaman saya ketika ke luar negara cukup seronok bila bercakap Arab dengan orang Cina,” katanya.

[Lihat video]

Lihat Komen
ADS