Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi perlu letak jawatan, kata bekas naib presiden PAS
Diterbitkan:  Mar 31, 2017 2:13 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti perlu meletakkan segera jawatan mereka berhubung perkembangan terbaru mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355), kata bekas naib presiden parti Datuk Husam Musa.

Husam, yang kini bersama parti serpihan PAS - Parti Amanah Negara (AMANAH ) - berkata “kejutan” buat PAS itu sudah dijangka berlaku biarpun BN memberi keyakinan kepada rakyat RUU 355 boleh dibentangkan di Parlimen.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lalu bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih rang undang-undang ahli persendirian Hadi berhubung pindaan akta berkenaan.

“Secara ringkasnya, saya minta Presiden PAS dan jawatankuasa PAS meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama PAS.

“Dia (Abdul Hadi) telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan PAS dan meletakkan PAS sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata,” katanya yang dipetik Sinar Harian di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Husam berkata, isu berkenaan telah dibangkitkan ketika beliau masih bersama dengan PAS, tetapi tidak diendahkan.

“Tetapi tiba-tiba RUU 355 dibawa secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tanpa persetujuan jawatankuasa PAS Pusat pada waktu itu,” katanya.

Husam berkata, Abdul Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan kredibiliti pari itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad mengkritik Umno kerana membuat pusingan U.

“Sah Umno tidak boleh diharap utk membela Islam. Nak bentang RUU355 pun tak berani.

“Kepimpinan Umno dalam BN paling lemah sejak BN ditubuhkan. Sentiasa dicabar. Apa tunggu lagi wahai ahli-ahli Umno?” tulisnya dalam Twitter.

Najib berkata keputusan untuk tidak mengambil alih rang undang-undang itu selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.

Lihat Komen
ADS