Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PAC: 69 sistem biometrik Jabatan Imigresen 'hilang'

Jabatan Imigresen masih gagal mengesan 69 sistem biometrik dibeli oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memproses warga asing, dedah laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Kehilangan mesin pembaca biometrik Sagem itu, adalah antara 200 peralatan yang dibeli oleh Kementerian Dalam Negeri pada harga RM10.3 juta pada tahun 2010 - pada asalnya untuk Sistem Imigresen Malaysia (myIMMS)

Laporan Ketua Audit Negara 2015 menyatakan bahawa peralatan biometrik itu telah dibayar dan diperolehi, tetapi tidak pernah dipasang di pintu masuk negara.

Dalam laporan PAC yang dibentangkan hari ini, Kementerian Dalam Negeri menjelaskan bahawa peralatan itu tidak dipasang di pintu masuk imigresen kerana pembaca Sagem tidak selaras dengan sistem sedia ada.

Sehubungan itu, pembaca itu dipindahkan ke pejabat pasport.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS