Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menafikan Malaysia adalah antara negara yang bertanggungjawab menyebabkan defisit AS$50 bilion kepada AS.

Kata Mustapa, Putrajaya yakin Malaysia adalah negara yang mengamalkan perdagangan yang adil, malah menyokong amalan berkenaan.

"Kita adalah penyokong free but fair trade (perdagangan bebas tetapi adil). Kita tidak manipulasi matawang kita, kita tidak memberi bantuan-bantuan yang menyalahi peraturan antarabangsa termasuklah (peraturan) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)," katanya kepada media di KUala Lumpur hari ini.

Jumaat lalu Presiden AS, Donald Trump, menandatangani arahan eksekutif untuk mengarahkan siasatan selama 90 hari bagi mencari bukti 'penipuan' dan perlakuan tidak wajar dalam perjanjian perdagangan dam tidak ditepati, gagal dikuatkuasakan, menyalahjajarkan mata wang dan menyukarkan WTO.

Menurut AFP, dapatan daripada siasatan itu akan menentukan tindakan pentadbiran Trump selepas ini, termasuk memungkinkan tidak balas.

Malaysia termasuk satu daripada negara yang disenaraikan Washington itu, selain China, Jepun, Jerman, Itali, Korea Selatan, Indonesia dan Kanada.

Menurut Mustapa, Malaysia yakin dasar yang dilaksanakan kini menepati kehendak amalan biasa dalam perdagangan antarabangsa, termasuklah WTO.

"Jadi kita menafikan sekeras-kerasnya bahawa Malaysia merupakan trade cheat. Kita mengamalkan free but fair trade," katanya.

Walaupun begitu, menurut Mustapa, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sudah diarahkan melihat data yang ada kaitan dengan tuduhan AS itu.

"Pasukan (petugas) kita telah melihat kepada segala-galanya, termasuklah angka-angka menunjukkan surplus (lebihan) kita punya dengan AS cuma di sekitar AS$6 bilion.

"Mengikut angka AS, ia jauh dari itu. Jadi kita akan lihat pada kesemuanya dan Martrade sudah ditugaskan untuk melihat angka-angka dan dasarnya," kata beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS