Akhbar Oriental Daily dilarang diedar di Konvensyen MCA Johor
Terjemahan Seorang pemimpin MCA Johor dilaporkan telah melarang pengedaran akhbar Oriental Daily News di majlis konvensyen parti itu di peringkat negeri tersebut Sabtu lalu, serta mengancam akan membuang akhbar itu ke dalam bakul sampah.
Terjemahan Seorang pemimpin MCA Johor dilaporkan telah melarang pengedaran akhbar Oriental Daily News di majlis konvensyen parti itu di peringkat negeri tersebut Sabtu lalu, serta mengancam akan membuang akhbar itu ke dalam bakul sampah.
Lima minit kemudiannya, Setiausaha MCA Johor, berubah hati. Dalam laporannya mengenai kejadian itu,
Oriental Daily
berkata, Tee menghalang kakitangannya mengedarkan akhbar itu di dewan konvensyen dan kawasan letak kereta.
Beliau kemudiannya didakwa memberi amaran akan membuang akhbar tersebut ke dalam bakul sampah jika mereka tidak mengalihkannya dari kawasan pintu masuk depan dewan tersebut.
Menurut laporan akhbar itu yang sering menyiarkan berita yang tidak disenangi mengenai MCA, Tee juga turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Apabila ditanya oleh kakitangan akhbar berkenaan, Tee memberitahu mereka yang beliau telah menerima arahan itu dari Pengerusi MCA Johor, yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek (foto).
Beliau mendakwa, Oriental Daily, tidak seperti akhbar berbahasa Cina yang lain, tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu untuk mengedarkan akhbar mereka di konvensyen tersebut.
Bagaimanapun, Tee kemudiannya berlembut dan membenarkan kakitangan Oriental Daily untuk terus mengedar akhbar berkenaan.
Tee juga dipetik sebagai berkata: "Marilah kita berbaik-baik antara satu sama lain".
'Mereka biadap'
Ketika dihubungi hari ini, Tee menafikan bahawa akhbar berkenaan dihalang daripada diedarkan di majlis tersebut kerana laporan kerasnya mengenai MCA.
"Ini berlaku dua hari lalu, saya tidak mahu bercakap mengenainya lagi...Kami tidak mengharamkan Oriental Daily kerana isi laporannya, tetapi ia kerana mereka tidak memberitahu kami terlebih dahulu, untuk mengedarkan akhbar mereka di situ," katanya.
"Apabila saya bertanya, kakitangannya tidak memberi sebarang jawapan. Mereka biadap dan tidak tahu menghormati pihak penganjur," katanya.
Bagaimanapun, seorang sumber dalaman parti itu memberi versi yang berbeza.
Menurutnya, Chua - seorang penyokong kuat bekas Presiden MCA president Datuk Seri Dr Ling Liong Sik (foto) tidak senang dengan salah satu laporan akhbar berkenaan yang menuduhnya campurtangan dalam pemilihan parti itu bulan depan.
Dalam satu perkembangan berkaitan, adalah difahamkan, ketika Presiden MCA, Datuk Ong Ong Ka Ting sedang bekerja keras untuk mendapatkan sokongan secara terbuka dari pemimpin peringkat negeri, bagi menghadapi pencabarnya, Datuk Chua Jui Meng, sambutan dari Johor dilaporkan kurang menggalakkan.
Hanya sepanduk yang menyokong Soi Lek bertanding jawatan naib presiden MCA sahaja yang kelihatan dipasang di majlis konvensyen tersebut.
Walaupun Ong memulakan kerjaya politiknya di Johor, tetapi negeri itu dianggap sebagai kubu kuat Soi Lek.
Sebelum ini, sesetengah laporan media mendakwa Ong (foto) tidak begitu senang dengan kenaikan mendadak populariti politik Soi Lek di negeri itu.
Sementara itu, senario yang berbeza dilaporkan di Konvensyen MCA Melaka di mana dua ahli parti itu tiba-tiba bangun dan mengangkat sepanduk menyokong Ong dan timbalannya Datuk Chan Kong Choy (foto). Berikutan itu, semua pemimpin parti di situ, kecuali Jui Meng, bangun dan menyatakan sokongan mereka kepada regu tersebut.
Ong kemudiannya mendakwa, beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana ahli parti itu supaya menyatakan sokongan terbuka kepadanya dan kejadian itu, menurutnya, hanyalah mencerminkan hasrat ahli-ahli yang mahukan parti itu terus kekal kukuh dan bersatu padu.
Beliau juga engan mengulas manifesto Jui Meng (foto) setebal 20 halaman dan memberitahu pemberita yang beliau tidak akan mengeluarkan sebarang manifesto.
Malah, beliau membayangkan yang pucuk pimpinan MCA telahpun melaksanakan semua isu-isu yang dibangkitkan dalam manifesto pencabarnya sepanjang tempoh dua tahun lalu.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.