Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahfuz: Mi segera kena GST bebankan orang susah
Diterbitkan:  Apr 6, 2017 7:36 AM
Dikemaskini: 11:55 PM

Pembentangan penyususunan semula pelepasan dan
pengenaan cukai GST memasukan pengenaan GST
ke atas mi segera, mi dan laksa kering, satu langkah yang menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Mahfuz berkata Dewan Rakyat baru-baru ini telah membahaskan semakan barangan dikecualikan GST, di mana mi kering kini tertakluk kepada cukai tersebut.

"Ia adalah makanan orang kebanyakan dan orang susah.Di kalangan pelajar universiti dari kalangan keluarga berpendapatan rendah, untuk membeli makanan lain memerlukan perbelanjaan besar manakala mi segera yang jauh lebih rendah harga menjadi pilihan untuk mengalas perut.

"Begitu juga golongan pekerja bawahan yang berada dibandar besar tatkala tiba pertengahan bulan inilah makanan mereka.

"Saya membantah dalam penghujahan saya semasa perbahasan kerana ini merupa suatu kezaliman dan penderaan ke atas orang miskin yang dalam kesusahan, tiba-tiba makanan orang miskin dikenakan GST," kata Mahfuz dalam satu kenyataan malam tadi.

Mahfuz mengesyaki Putrajaya terpaksa meluaskan jaringan cukai GST kerana tabung awam telah semakin kering dan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Katanya ia menunjukkan BN bermasalah dalam pengurusan kewangan negara dengan mengenakan GST ke atas makanan orang miskin

"Suatu kecelakaan bagi rakyat Malaysia kerana jika mahu selamatkan negara dari bangkrap terpaksa membayar GST ke atas mi segera," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang pentadbirannya memperkenalkan GST pada 2015, mendakwa cukai itu telah "menyelamatkan" ekonomi Malaysia.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS