Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sejak dua dekad yang lalu, Han Hun-il yang dilahirkan di Korea Utara dan merupakan pengasas serta ketua eksekutif konglomerat tempatan telah menyalurkan dana kepada pimpinan Pyongyang dan pengkhianat Korea Utara.

Buat pertama kalinya, Han mahu bersuara kepada umum, bersama Reuters.

Firma konglomerat Han iaitu Malaysia Korea Partners (MKP) menjalinkan kerjasama dengan Jang Song-thaek, menurut Lee Chol-ho yang bekerja sebagai pedagang kepada Han selama sembilan tahun sehingga beliau berpaling tadah kepada Seoul pada tahun 2010.

Jang, bapa saudara pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un yang dianggap sebagai salah seorang lelaki paling berkuasa di negara tersebut sehinggalah dihukum mati atas kesalahan khianat pada tahun 2013.

Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas peranan Lee dalam hubungan Han dengan pimpinan Korea Utara, termasuk kenyataan beliau mengenai dana yang disalurkan kepada jawatankuasa pusat Parti Pekerja yang merupakan parti pemerintah.

Reuters juga tidak dapat menentukan bagaimana jawatankuasa pusat yang mengawal program senjata dan nuklear Korea Utara menggunakan dana dari Han atau jika pembayaran tersebut adalah berterusan.

Pendedahan baru berkenaan muncul tatkala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memperhebatkan penelitian ke atas Han dan juga MKP.

Laporan bulan Februari oleh pakar-pakar pemantau sekatan PBB ke atas Korea Utara berkata, anak syarikat bank MKP di Pyongyang menjadi fokus.

Resolusi PBB 2013 menyekat syarikat asing atau firma usaha sama asing dengan syarikat Korea Utara daripada mempunyai anak syarikat kewangan di Korea Utara.

Laporan PBB berkata, bank berkenaan yang dipanggil Konsortium Antarabangsa Bank (ICB) telah ditubuhkan sebagai usaha sama antara MKP dan Kumpulan Ekonomi Sungri milik Jang.

Bank tersebut mendapat lesen daripada bank pusat Korea Utara dan berdaftar dengan Jawatankuasa Rakyat Perbandaran Pyongyang, katanya.

Jika pakar-pakar PBB mendapati sekatan berkenaan tidak dipatuhi, mereka boleh mencadangkan Majlis Keselamatan PBB untuk menyenarai hitamkan MKP, para eksekutifnya atau salah sebuah daripada anak-anak syarikatnya dengan membuat larangan perjalanan global dan pembekuan aset.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS