Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi maafkan, tapi harap Rafizi taubat
Diterbitkan:  Apr 11, 2017 1:06 PM
Dikemaskini: 5:26 AM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau memaafkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa terdapat bekas pemimpin kanan PAS menerima dana 1MDB.

“Kesalahan dia dengan saya, saya maafkan kerana dia tak tahu.

“Adapun dengan tuhan, dia kena bertaubat dengan tuhan,” katanya seperti disiarkan satu rakaman video.

Sementara itu, New Straits Times melaporkan Hadi sebagai berkata tuduhan dilontarkan Rafizi itu “300 peratus” tidak benar dan anggota parlimen Pandan itu harus membezakan antara dosa dan pahala.

Hadi dilapor berkata demikian ketika tiba di lapangan terbang Kuala Terengganu semalam.

Rafizi mendakwa terdapat bekas pemimpin kanan PAS yang menerima dana 1MDB, yang disalurkan dari akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Enggan menamakannya buat masa ini, Rafizi berkata individu itu pernah ditegur oleh bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, termasuk kerana mahu menjadi jambatan Umno-PAS.

Dakwaan itu hampir selari dengan laporan laman pendedah maklumat Sarawak Report bahawa PAS menerima RM90 juta.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yang berpaling tadah ke Parti Amanah Negara (AMANAH) juga mendakwa terdapat wang dimasukkan ke akaun di Affin Bank.

PAS telah menafikan semua dakwaan di atas.

Najib juga menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pula membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Lihat Komen
ADS