Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lantikan Hishammuddin disokong kabinet, kata KJ
Diterbitkan:  Apr 14, 2017 4:54 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri mendapat sokongan penuh jemaah menteri, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy
Jamaluddin.

Beliau berkata semua menteri kabinet, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan sokongan terhadap pelantikan itu yang dibincangkan pada mesyuarat kabinet Rabu lepas.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno sekaligus menolak spekulasi pelantikan itu berkaitan dengan perdana menteri, timbalannya atau pemilihan Umno yang akan datang.

"Pelantikan ini juga disambut baik kerana Umno memerlukan kepimpinan kanan yang kuat dalam kerajaan selain sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Hishammuddin itu.

Pelantikan Hishammuddin yang juga menteri pertahanan selaku menteri dengan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, diumumkan perdana menteri menerusi satu kenyataan Rabu lepas.

Menurut Najib, pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai menteri Pertahanan.

Khairy juga berkata pelantikan Hishammuddin turut mendapat reaksi positif daripada akar umbi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS