Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Lobi bebaskan Anwar bukan undang campur tangan AS'

Seorang bekas exco Selangor hari ini berkata, beliau hairan bagaimana tindakan membincangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai menjemput campur tangan asing ke negara ini.

Menurut Ronnie Liu, tidak ada salah untuk mereka membincangkan isu berkenaan dengan wakil negara asing kerana bekas timbalan perdana menteri itu ialah seorang banduan politik.

"Ia tak sepatutnya dilihat menjemput negara asing campur tangan dalam hal ehwal negara. Ia tidak sepatutnya ditafsir begitu," katanya kepada Malaysiakini.

Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Pandamaran itu diminta mengulas laporan organ rasmi PAS, Harakahdaily, yang menyiarkan ulasan seorang pensyarah mengenai isu DAP menjemput campur tangan asing ke negara ini.

Menurut Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff, usaha DAP melobi AS bagi membebaskan Anwar adalah contoh bahawa parti itu mengundang campur tangan asing di negara ini.

Memetik akhbar Suara Keadilan, Kamarul Zaman berkata, Liu secara terbuka mengaku beliau berjumpa dengan Kaunselor Politik Kedutaan AS, Tressa Finerty, bagi membincangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Kata Liu bukan sesuatu yang asing untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti politik - termasuk dari Umno dan PAS - menemui wakil kedutaan asing.

"Ia amalan yang agak normal. Saya rasa pemimpin PAS juga agak serinng (bertemu wakil negara asing).

"Justeru, tak ada salah untuk saya juga sebagai pemimpin NGO dan anggota parlimen dari PKR dan DAP bertemu wakil kedutaan asing," katanya.

Liu juga mempersoalkan mengapa beliau saja yang dipersalahkan.

Katanya, ada ramai orang bertemu dengan wakil negara asing selain dirinya.

Liu turut menegaskan, dia hadir ke kedutaan AS itu bukan mewakili DAP sebaliknya sebagai aktivis NGO Otai Reformasi.

"Sangat berniat jahat untuk sesiapa melihat tindakan saya sebagai meminta AS campur tangan di negara kita. Mereka membuat tuduhan (yang) sangat tidak matang," katanya.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan ada pihak berunding dengan negara luar untuk campur tangan dalam urusan politik di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian semasa berceramah di Rusila, Marang pada 10 April lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS