Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syria sah serangan di lapangan terbang Damsyik dilakukan Israel
Diterbitkan:  Apr 27, 2017 3:31 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Tentera Syria pada hari Khamis mengesahkan serangan berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa di Damascus dilakukan tentera Israel yang mensasarkan kedudukan tentera Syria, memetik laporan televisyen negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Israel melepaskan beberapa peluru berpandu mensasarkan satu kedudukan tentera di barat daya lapangan terbang Damascus, menyebabkan berlaku beberapa letupan dan kebakaran, memetik tentera Syria.

Serangan itu percubaan terdesak untuk menaikkan semula semangat kumpulan pengganas.

Namun, serangan itu tidak akan menghalang tentera Syria daripada terus berusaha memerangi keganasan.

Ia bukanlah serangan pertama Israel di Syria kerana baru-baru negara itu telah menyerang kedudukan tentera Syria yang menyasarkan pangkalan tentera di wilayah Qunaitera di bahagian selatan dan di bandar Palmyra.

- Bernama

.

- Bernama

Lihat Komen
ADS