Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayaran RM750 BR1J tidak benar - MB Johor
Diterbitkan:  Apr 27, 2017 5:36 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan mesej palsu yang menular di laman sosial kononnya kerajaan negeri memberikan bantuan kewangan sebanyak RM750 kepada rakyat Johor menerusi Bantuan Rakyat 1Johor (BR1J).

Katanya, kerajaan negeri Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dalam laman web mahu pun apa-apa kenyataan dalam media massa berhubung BR1J.

"Perkara (BR1J) ini (maklumat) tidak betul. Rakyat juga perlu ada kekuatan dengan tidak mempercayai perkara atau maklumat seperti ini.

“Jika tiada dalam laman web saya atau pun surat khabar, ini bermakna maklumat seumpama itu tidak benar," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

BR1J menjadi tular di laman media sosial sejak beberapa hari lalu mendakwa setiap rakyat Johor akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM750 menerusi bantuan berkenaan.

Lihat Komen
ADS