Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sambung tahan bawah Poca, peguam dakwa 'prosedur cacat'
Diterbitkan:  Apr 28, 2017 3:45 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Peguam kepada tahanan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca), RS Vishnu Moorthy memfailkan permohonan untuk semakan terhadap lanjutan penahanan anak guamnya tanpa bicara.

Peguam P Uthayakumar mendakwa terdapat "kecatatan prosedur" kerana Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak menandatangani lanjutan penahanan berkenaan.

Pada 18 April lalu, mahkamah Majistret Kuala Lumpur melanjutkan penahanan Vishnu Moorthy dan lima individu lain selama 38 hari lagi selepas didakwa terlibat dalam penipuan membabitkan skim pertukaran asing VenusFX.

"Di bawah Poca, peguam negara sendiri mesti menandatangani permohonan tahanan, dengan mengatakan bahawa beliau berpuas hati bahawa terdapat alasan yang mencukupi untuk itu.

"Tetapi dalam kes ini, Timbalan Pendakwa Raya yang sangat junior menandatanganinya, jadi ini adalah kecacatan prosedur," jelas P Uthayakumar kepada Malaysiakini selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Seksyen 4 - 2 (a) Poca menyatakan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh pendakwa raya menyatakan dalam pendapatnya bahawa keterangan mencukupi diperlukan untuk mewajarkan seseorang dilanjutkan tempoh tahanan selepas 21 hari.

Bersama-sama dengan permohonan untuk semakan, Uthayakumar juga memfailkan rayuan dan permohonan habeas corpus hari ini terhadap penahanan secara "haram" anak guamnya.

Vishnu Moorthy kini ditahan di Balai Polis Jinjang dan isteri 7 bulan mengandung telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya tetapi hanya untuk "enam hingga tujuh minit", katanya.'

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS