Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM rayu Vietnam benarkan Simon Rock kembali ke Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah meminta kerajaan Vietnam untuk membenarkan Ketua Pegawai Operasi Europe Automobiles Corporation (EAC) Simon Rock untuk kembali ke Malaysia.

Najib, yang berada di Manila bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30, membuat rayuan tersebut kepada Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc semasa pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin, di luar sidang kemuncak itu.

EAC adalah unit kepada Sime Darby Motors.

"Ia melibatkan beberapa dakwaan dan tindakan melarang ketua pegawai operasi Simon Rock untuk kembali ke Malaysia. Beliau adalah seorang warganegara British tetapi berkerja untuk syarikat Malaysia," kata Najib kepada pemberita Malaysia selepas pertemuan itu.

"Perkara ini kita telah merayu kepada perdana menteri Vietnam untuk membenarkan Simon untuk kembali ke Malaysia ke pangkuan keluarganya.

"Dalam pada itu apa juga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, pihak beliau (Simon Rock) akan memberi kerjasama yang sepenuhnya," katanya. -Bernama

Lihat Komen
ADS