Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AMANAH: Jika PAS ada maruah, tarik diri dari k'jaan S'gor
Diterbitkan:  Apr 29, 2017 10:01 AM
Dikemaskini: 2:08 AM

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata jika PAS mempunyai maruah, ia harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor selepas berusaha untuk memutuskan hubungan dengan PKR, yang memimpin kerajaan negeri itu.

"Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai," tambahnya.

Beliau mengingatkan PAS bahawa Sultan Selangor yang melantik ahli-ahli PAS dalam kabinet negeri.

Faiz mengingatkan demikian selepas Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ahli exco parti itu dalam kerajaan Selangor tidak akan meletak jawatan walaupun PAS memutuskan hubungan dengan PKR kerana menurutnya, mereka dilantik oleh PAS, bukan PKR.

Faiz menyifatkan kenyataan Muhammad Khalil sebagai "begitu naif" tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.

"Lantikan exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

"Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu menteri besar dalam konteks perlantikan exco," katanya.

Justeru, katanya, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga exco tersebut dilantik oleh menteri besar dan bukannya PAS.

"Atas dasar inilah, empat orang exco PAS dikurangkan kepada tiga orang setelah Datuk Seri Azmin dilantik sebagai menteri besar dan tiada bantahan oleh PAS ketika itu," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS