Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Safitex masih hutang AS$8.3 juta dari Delima Oil

Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai, yang mempunyai baki hutang dengan anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Delima Oil Products Sdn Bhd, belum membuat bayaran kepada syarikat itu sejak tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015 (FY15).

Baki hutang sebanyak US$8.3 juta itu menyebabkan pendedahan kekurangan yang dilaporkan dalam semakan PricewaterhouseCooper's (PwC) pada setiap suku.

"Sejak itu, pengurusan tetap menyatakan bahawa baki itu akan dapat diperoleh sepenuhnya.

"Sebaliknya, angka itu meningkat kepada US$11.7 juta dan melebihi had kredit yang dibenarkan bagi setiap audit kewangan berkanun PwC bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016, yang dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit pada 17 Feb, 2017," kata Lembaga Pengarah (BoD) FGV menerusi satu kenyataan hari ini.

BoD berkata transaksi itu membabitkan jualan minyak dan lemak kepada Safitex, untuk pasaran Afghanistan.

"Pada 20 April, 2017, lembaga pengarah mengarahkan Kumpulan Audit Dalaman menjalankan siasatan berhubung perkara ini dan mengesan potensi pelanggaran dasar kumpulan yang menjurus kepada keputusan untuk meminta empat pegawai kanannya bercuti," katanya.

BoD FGV berkata sebarang perkembangan mengenai proses penelitian dalaman itu akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Menurut laporan media, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata Safitex, yang sudah menjadi pelanggan FGV' selama 20 tahun, akan dapat membuat pembayaran itu pada akhir Jun.

- Bernama

Lihat Komen
ADS