Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Di tengah-tengah kemelut kepimpinan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkunjung ke ibu pejabat badan komersial Felda itu di Kuala Lumpur.


Berkaitan: SPRM punggah barang rampasan dari FGV


Kehadiran sekumpulan pegawainya, sekurang-kurangnya 25 orang, di Menara Felda, dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap FGV, cabang komersial Felda.

Semalam presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad bertemu dengan SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

Semalam, Zakaria dilaporkan sebagai berkata, beliau mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.

Sementara itu, Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad dalam sidang medianya hari ini berkata beliau bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM sekiranya diminta berbuat demikian.

“Saya tak tahu sama ada mereka akan jumpa saya atau tidak. So far no.

“Saya tak tahu, kalau dia nak berjumpa dengan saya, kita berjumpalah.

“Kalau dia tak nak berjumpa, tak adalah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Majlis Sumbangan Ramadan FGV kepada asnaf di Menara Felda hari ini.

Selasa lalu, Isa mengeluarkan arahan bercuti itu kepada empat pegawai kanan termasuk Zakaria bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Lihat Komen
ADS