Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pujut: DAP S'wak mahu sidang DUN tergempar
Diterbitkan:  Jun 21, 2017 5:18 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

DAP Sarawak menggesa supaya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar negeri tersebut diadakan dalam masa dua minggu mulai hari ini, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching untuk mengekalkan Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang juga ketua pembangkang negeri berkata, permintaan rasmi kepada pejabat ketua menteri akan dibuat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri yang mahu merayu terhadap keputusan itu.

Antara lain, Chong menyatakan bahawa sidang tergempar itu harus dibuat kerana tidak pernah berlaku sebelum ini bahawa badan penggubal undang-undang didapati bertindak secara tidak sah.

"Usul menteri dan resolusi membawa rasa tidak senang dan memalukan kepada institusi DUN Sarawak.

"Sidang khas DUN mesti diadakan untuk membenarkan semua ahli, secara sepenuhnya dan semata-mata membincangkan mengenai perkara ini," jelas Chong dengan merujuk kepada usul 12 Mei yang dibentang oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Wong Soon Koh dan diluluskan dengan 70- 10 undi.

Chong yang juga ahli Parlimen Bandar Kuching, dalam suratnya kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, turut menimbulkan persoalan sama ada DUN berkuasa merayu keputusan Mahkamah Tinggi tanpa resolusi yang diluluskan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS