Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP: Konsultasi bajet 'sekadar sesi luahan perasaan'
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 10:08 AM
Dikemaskini: 3:20 AM

Seorang ahli parlimen PKR menyuarakan keprihatinanya bahawa sesi konsultasi bajet perdana menteri dengan pihak-pihak berkepentingan, mungkin hanya menjadi 'sekadar sesi luahan perasaan rakyat'.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mendakwa walaupun Najib memberi jaminan untuk mengambil kira pandangan masyarakat dalam merangka belanjawan persekutuan, namun masalah sama masih tidak dapat diselesaikan tetapi masalah baru muncul setiap tahun.

Antara lain, kata Johari dalam satu kenyataan, ialah meningkatnya peruntukan untuk projek mega, manakala peruntukan dipotong untuk sektor termasuk pendidikan.

Merujuk kepada sesi konsultasi tahun ini pada 15 Jun, Johari berkata Najib menyifatkannya sebagai platform penting bagi sektor awam, swasta dan NGO memberi pandangan dan memberi maklum balas terhadap cabaran yang dihadapi oleh negara.

"Walaupun telah menerima cadangan dan aduan, peruntukan pendidikan tetap dipotong saban tahun.

"Di mana kepentingan pendidikan?" soalnya.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan gagal menangani isu kenaikan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat.

"Janji-janji yang dibuat oleh pihak pemerintah ini hanyalah menjelang pilihan raya sahaja dan pasti akan dilupakan selepas mereka memperolehi kemenangan," katanya.

Bajet 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 Okt.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS