Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu menamakan calon perdana menteri mereka sebelum pilihan raya umum bagi mengelakkan rakyat tertipu.

KUASA, NGO yang memantau prestasi kerajaan Perak dan Selangor, berkata langkah itu penting bagi mengelakkan orang ramai mengundi gabungan itu dalam keadaan 'buta'.

“Jika tidak rakyat akan mengundi Pakatan dalam keadaan buta kerana tidak tahu siapa perdana menteri dari kalangan mereka.

"Adalah tidak adil sekiranya gabungan ini telah ditetapkan tetapi tidak beritahu rakyat siapa akan jadi perdana menteri.

"Adakah mahu beritahu saat akhir untuk mengejutkan (surprise) rakyat?

“Ini adalah keputusan serius yang perlu dibuat dan rakyat perlu tahu siapa calon perdana menteri Pakatan Harapan," kata Ketua eksekutifnya Praba Ganesan .

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara sebentar tadi.

Selain itu, Praba berkata lagi, faktor calon perdana menteri bukan satu-satunya penentu undi dalam pilihan raya.

"Pengundi mungkin mengundi calon dari parti bukan pilihan mereka tetapi atas dasar calon itu dari parti sekutu gabungan tersebut (HARAPAN).

"Sekiranya pengundi tegar diminta menyokong parti lain atas dasar utamakan kemenangan Pakatan (Harapan), tidak adil untuk menyembunyikan nama perdana menteri daripada pengundi khususnya calon perdana menteri bukan dari parti pilihannya.

"Penting untuk namakan siapa bakal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang, sekiranya prinsip dan semangat demokrasi diutamakan," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS