Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengundi India di Kapar mahu 'ajar' MP
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 3:13 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Beberapa penduduk berbangsa India di Kapar ternyata kecewa dengan 'kehilangan' wakil rakyat mereka dan bersumpah akan 'mengajar' beliau dalam pilihan raya umum akan datang, memetik laporan Malaysia Nanban hari ini.

Akhbar berbahasa Tamil itu mewawancara beberapa penduduk di kawasan itu yang mengadu Ahli Parlimen G Manivannan yang jarang melawat kawasan apatah lagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat miskin di situ.

"Pengundi memilih untuk memenangkan calon PKR yang tidak dikenali, pertama S Manickavasagam dan kemudian Manivannan dalam dua pilihan raya umum lalu kerana bosan dengan kegagalan wakil MIC untuk menangani masalah rakyat di kawasan itu dalam beberapa dekad yang lalu.

"Bagaimanapun, wakil rakyat sekarang melakukan kesilapan yang sama seperti yang dilakukan MIC pada masa lalu," keluh seorang penduduk S Veeraya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kuningan mendakwa, Manivannan nampaknya lebih memberi perhatian kepada isu-isu nasional berbanding pengundi sendiri.

"Tak salah dengan MP menyuarakan isu-isu nasional di Parlimen, tetapi bagaimana manfaatnya jika wakil rakyat mengabaikan kewajipan utama untuk berkhidmat kepada rakyat," tanya beliau.

"Sebagai contoh, tugas seorang MP termasuk mengunjungi mereka yang terkesan dengan bencana alam di kawasannya dan menghulurkan bantuan menerusi dana yang diperuntukkan kepadanya.

"Saya tertanya-tanya bagaimana seseorang seperti Manivannan yang tidak menyedari skop kerja mudah ini boleh menjadi ahli Parlimen," kata seorang warga emas, P Periyasami.

Akhbar tersebut turut memetik satu lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Arayee yang mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 300 keluarga di Kapar berada di bawah garis kemiskinan.

Sementara itu, Manivannan, ketika dihubungi Malaysiakini, menolak laporan Malaysia Nanban sebagai "bermotivasi politik" kerana akhbar itu mempunyai kaitan rapat dengan MIC.

Beliau berkata adalah tidak adil bagi masyarakat setempat di Kapar untuk menjangkakan perubahan "peringkat kebangsaan" di kawasan pilihan raya itu dalam masa yang singkat, kerana beliau dan Manickavasagam mewakili pembangkang dan tidak mempunyai sokongan kerajaan persekutuan.

"Selain itu, aduan mengenai isu tempatan yang disuarakan oleh penduduk dengan mudah boleh dibawa ke perhatian ahli majlis tempatan, bukan membawanya ke media.

"Akhbar itu juga gagal melaporkan bahawa saya telah sekurang-kurangnya dua isu yang berkaitan dengan penduduk Kapar, termasuk Kolej Bayu, dan satu lagi yang melibatkan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun yang dipukul di kepala dengan kasut oleh gurunya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS