Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
8 rumah, puluhan gerai bazar Ramadan rosak dilanda ribut
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 5:44 AM
Dikemaskini: 9:47 PM

Sekurang-kurangnya lapan rumah dan berpuluh gerai di bazar Ramadan rosak akibat dilanda ribut bersama hujan lebat di sekitar Pekan Sungai Kob, Mukim Karangan petang semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim Mohd Zarir Khozali berkata rumah berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas diterbangkan angin kencang manakala gerai pula ranap dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Beliau berkata rumah yang rosak itu melibatkan Kampung Baru dan pihaknya telah menghantar empat pegawai untuk menyiasat kejadian itu.

"Kejadian angin kencang juga menyebabkan beberapa batang pokok tumbang di sekitar kawasan kampung dan taman perumahan," katanya kepada Bernama.

- Bernama

Lihat Komen
ADS