Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib, keluarga naik kenderaan awam hari ini
Diterbitkan:  Jul 12, 2017 7:32 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya hari ini meluangkan masa merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam bagi menguji keberkesanan fasa kedua sistem Transir Aliran Massa (MRT).

Difahamkan, media tidak dibenarkan membuat liputan perjalanan Najib dan keluarganya itu. Bagaimanapun beberapa tokoh media sosial seperti Wak Doyok dilihat ada menyertai perjalanan berkenaan.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta anak mereka Ashman, tiba di stesen Pusat Bandar Damansara kira-kira jam 6 petang.

Mereka kemudian diberi penerangan ringkas mengenai sistem MRT yang menghubungkan laluan antara Sungai Buloh dan Kajang itu.

Dari stesen berkenaan mereka dibawa melawat laluan bawah sebelum menaiki bas.

Semasa di dalam bas, pada suatu ketika Rosmah meminta Najib memainkan lagu dari telefon bimbit supaya perjalanan mereka "tak adalah boring sangat".

Perdana menteri akur dan kemudian memasang lagu Perfect nyanyian artis Inggeris, Ed Sheeran.

Pasangan itu bagaimanapun kelihatan gembira di sepanjang perjalanan berkenaan.

Sementara itu sesetengah pengguna nampaknya kurang teruja dengan kehadiran Najib dan keluarganya.

Melalui Facebook seorang peguam, Andrew Khoo, mendakwa dia berada dalam MRT apabila diarahkan ke bahagian lain untuk memberi ruang kepada perdana menteri dan rombongannya menyertai perjalanan berkenaan.

Rangkaian MRT akan dibuka sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Rawang pada 17 Julai ini.

Sebelum ini kemudahan itu hanya disediakan untuk menghubungkan stesen Sungai Buloh dan Semantan.

Lihat Komen
ADS