Terjemahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal mendakwa bahawa kerajaan telah mengambil 'risiko politik' apabila menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen minggu lalu.
"Kerajaan mengambil "risiko politik [...] jika harga minyak (mentah) naik lagi, maka akan tidak ada lagi simpanan," katanya.
Bercakap dalam sidang akhbar mengenai Kad Fleed subsidi diesel untuk kenderaan perdagangan di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, disebabkan keadaan tidak menantu di Timur Tengah, maka usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak akan menjadi sia-sia jika harga minyak mentah naik lagi.
"Pada 2005, RM15 bilion atau 10% daripada bajet negara digunakan untuk subsidi minyak dan produk berkaitan. Kita meramalkan hampir RM20 bilion akan digunakan untuk subsidi pada 2006 jika harga minyak tidak menaikkan," katanya.
Menurutnya, Malaysia mengeluarkan 700,000 tong minyak sehari, manakala kegunaan dalam negeri ialah 500,000 tong sehari dan jumlahnya semakin meningkat.
Katanya, memandangkan simpanan minyak negara hampir kering, maka Malaysia bakal menjadi pengimport minyak sepenuhnya.
Sehubungan itu, Shafie menasihatkan para pengguna supaya berbelanja secara berhemah dan jangan membazir terhadap barangan mewah tertentu
Kesan kecil
Beliau juga menjelaskan, kementeriannya bukan sahaja memantau harga barangan terkawal tetapi juga para peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada kenaikan harga minyak.
Sebagai contohnya, katanya, seorang pemilik gerai menjual 'mee rebus' di Shah Alam dikenakan tindakan kerana menaikkan harga makanan itu sebanyak 20 sen.
"Jika peniaga didapati menaikkan harga jualan mereka tanpa sebab yang munasah, kami akan membatalkan lesen mereka," kata Shafie.
Beliau berkata, kementeriannya juga telah menjalankan siasatan terhadap 36 pengeluar makanan dan mendapati kenaikan 30 sen harga minyak memberi kesan yang terlalu kecil kepada pengeluaran mereka.
Oleh itu, katanya, tiada sebab mengapa penjaja dan pemilik restoran untuk menaikkan harga makanan mereka.
Orang ramai yang ingin melaporkan kes menaikkan harga, boleh menghubungi talian terus kementerian berkenaan 1 800 886 800. Berita asal
