Datuk Rafiah Salim dilantik Naib Canselor baru UM
Datuk Rafiah Salim, 59, diumumkan sebagai Naib Canselor baru Universiti Malaya (UM) berkuatkuasa 1 Mei ini dan sekaligus mencatat sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut.
Datuk Rafiah Salim, 59, diumumkan sebagai Naib Canselor baru Universiti Malaya (UM) berkuatkuasa 1 Mei ini dan sekaligus mencatat sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut.
Perlantikan Rafiah ke jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun, dimumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini.
Jawatan itu dikosongkan oleh Prof Datuk Dr Hashim Yaakob yang bersara Mac lalu dan dipangku oleh Prof Datuk Dr Razali Agus.
Rafiah kini adalah Pengarah Eksekutif International Centre for Leadership in Finance (ICLIF). Beliau juga pernah menjadi pensyarah, Timbalan Dekan dan Dekan Fakulti Undang-undang UM sejak 1974 hingga 1988.
Menurut Mustapa, jawatankuasa pemilih berpendapat Rafiah adalah calon terbaik dan berkeupayaan untuk mengembalikan kegemilangan Universiti Malaya sebagai universiti terulung di negara ini.
Katanya, Rafiah yang berkelulusan sarjana dan sarjana muda undang-undang dari Queen's University of Belfast, Ireland mempunyai perkhidmatan cemerlang dalam sektor awam dan swasta serta di peringkat antarabangsa.
Calon paling layak
Anak kelahiran Kelantan itu pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung bagi Pengurusan Sumber Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (1997-2002), Penolong Gabenor Bank Negara (1995-1997) dan Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia di Malayan Banking Berhad (1991-1995).
Di PBB, Rafiah bertanggungjawab mengetuai pasukan menyusun semula program sumber manusia badan dunia itu manakala semasa di Bank Negara, antara peranan beliau adalah merancang strategi dan menguruskan program sumber manusia serta "change management".
Menurut Mustapa lagi, pemilihan Rafiah dibuat oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pengarah Universiti Teknologi Malaysia Tan Sri Abdul Halim Ali.
Jawatankuasa ini turut dianggotai empat tokoh ternama Tan Sri Syed Jalaluddin Syed Halim (bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia), Prof Tan Sri Abu Hassan Othman (bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah), Tan Sri Datuk Azman Hashim (Pengerusi AmBank Group) dan Prof Emeritus Datuk Khoo Kay Him (Jabatan Sejarah UM).
Menurutnya, jawatankuasa telah mengenalpasti 11 calon yang layak dan disenarai pendekkan kepada tiga orang calon dan akhirnya sebulat suara memilih Rafiah. Rafiah kini berada di Mekah untuk mengerjakan umrah.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.