Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pekebun durian Raub berdemo, mohon bantuan Agong

Sekumpulan pekebun durian yang diancam pengusiran berkumpul di pasar Sungai Klau di Raub, Pahang bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan isu itu.

Mereka, yang mengusahakan tanaman durian atas tanah kerajaan tanpa kebenaran, memegang pelbagai sepanduk dan melaungkan slogan meminta kebun mereka “diselematkan”.

Mereka turut membuat gesaan itu dalam sidang media dianjurkan oleh anggota Dewan Undangan Negeri Tras Chow Yu Hui (bawah) dan kumpulan yang menamakan diri mereka Perikatan Selamatkan Musang King (Samka).

 Bercakap kepada media, Chow berkata fakta sejarah menunjukkan mereka sebenarnya digalakkan meneroka tanah kosong kerajaan sekitar tahun 1970-an melalui Rancangan Buku Hijau.

Justeru, kata mereka, mereka bukanlah peneroka haram.

“Ini sejarah,” kata Chow.

“Untuk menuai hasil (di tanah ini), mereka malah bayar cukai guna tanah kepada pejabat tanah sebelum ini.”

‘Surat terbuka disokong 1,000 pekebun’

Sementara itu, Presiden Samka Wilson Chang berkata surat terbuka kepada Agong itu disokong oleh 1,000 orang pekebun, termasuk yang mendapat kebenaran.

Dia menganggatkan kira-kira 70 peratus kebun durian di Raub diusahakan atas tanah yang tiada geran.

Chang mendakwa walaupun tiada geran, pekebun telah memohon kebenaran sejak berdekad lalu.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan tanah yang diduduki secara haram akan dipajakkan kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP) untuk 'menghalalkan' pendudukannya.

RPDP-PKPP ialah usaha sama antara Royal Pahang Durian Group yang dikaitkan dengan kerabat Pahang dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).

Menurut laman web RPD, syarikat itu dipengerusikan oleh puteri Agong, Tengku Puteri Iman Afzan.

Kerajaan Pahang sebelum ini dilaporkan berkata akan bertindak terhadap semua kebun haram di Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub bermula hari ini (24 Ogos).

Sementara itu, Adun Bilut Lee Chin Chen menulis di Facebook pada pagi ini bahawa, jawapan kerajaan Pahang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebut penguatkuasaan keputusan kerajaan negeri ditangguhkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS