HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
OSA: PM kata Dr M tak perlu bimbang
Ogos 26, 06 12:17pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu takut dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kalau beliau benar-benar mempunyai dokumen berkenaan tawaran jualan pasir kepada Singapura.

"Apasal nak kena OSA pulak?" tanya beliau.

Abdullah juga berkata kerajaan tidak keberatan menerima bukti yang dikemukakan oleh Dr Mahathir sekiranya memang benar beliau mempunyai bukti itu.

"Jika dia nak serah kita tak ada masalah," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara malam tadi.

Beliau mengulas permintaan bekas Perdana Menteri itu supaya diberikan jaminan bertulis tidak dikenakan tindakan di bawah OSA jika mendedahkan bukti bahawa tawaran penjualan pasir kepada republik itu dibuat oleh Malaysia semasa merundingkan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Menurut laporan Bernama, Abdullah sebelum itu berkata tidak sebab Dr Mahathir perlu takut dikenakan tindakan di bawah OSA jika beliau sekadar mahu mendedahkan bukti tersebut.


Perdana Menteri juga melahirkan kehairanan bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad memperoleh dokumen rahsia berkenaan tawaran penjualan pasir kepada Singapura seperti yang didakwanya itu.

"Dia ada dokumen rahsia? Macam mana dia boleh dapat dokumen rahsia tu?" persoal Perdana Menteri.

Dr Mahathir sebelum ini pernah membuat kenyataan beliau memiliki dokumen yang membuktikan dakwaannya tentang tawaran Malaysia untuk menjual pasir kepada Singapura tetapi bimbang akan dikenakan tindakan mengikut OSA jika mendedahkannya.


 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner