Perhimpunan 50 ribu remaja, Putera Umno rujuk pada Hisham
Putera Umno menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi memutuskan sama ada pergerakan itu boleh meneruskan cadangannya untuk mengadakan perhimpunan 50,000 remaja di Karnival Putera Motor di Bukit Jalil November ini.
Putera Umno menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi memutuskan sama ada pergerakan itu boleh meneruskan cadangannya untuk mengadakan perhimpunan 50,000 remaja di Karnival Putera Motor di Bukit Jalil November ini.
Perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Exco Pemuda Umno tidak lama lagi, kata Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez.
"Saya akan mendapatkan pandangan rakan-rakan exco dan keputusan daripada ketua saya sama ada membenarkan perkara itu atau tidak," katanya di majlis menandatangani memorandum perjanjian Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) dengan Putera Umno di Kuantan semalam.
Menurut laporan Bernama, Abdul Aziz berkata, beliau akan membawa kertas kerja itu kepada pihak polis sekiranya mendapat kelulusan Hishammuddin.
Meurutnya, karnival yang akan mengumpulkan remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu telah disalahtafsirkan oleh banyak pihak sebagai program khusus untuk mat rempit.
"Sekali lagi saya ingin tegaskan Karnival Putera Motor yang dianjurkan Putera Umno bukan dikhususkan kepada Mat Rempit, tetapi ia adalah program Umno dan Pemuda Umno yang bakal dirasmikan Perdana Menteri," katanya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum ini tidak bersetuju dengan cadangan Putera Umno itu kerana tidak berpuas hati dengan rekod penganjuran Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006 yang disertai 8,000 mat rempit pada 9 dan 10 September lalu, yang gagal mengawal tingkahlaku peserta.
Sementara itu, 380 pelajar dari kalangan anggota Putera Umno menyertai kursus perhotelan di IKIP dan Putera mensasarkan 30,000 pelajar akan mendapat peluang melanjutkan pelajaran melalui Skim Peluang Kedua Pendidikan dan Kerjaya Putera Umno Malaysia itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.