DAP buat laporan polis terhadap Badruddin
Nov 24, 06 5:03pm
Parti pembangkang, DAP, hari ini membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amiruldin, dua tahun lalu.

Dalam laporan tersebut, Ketua Penerangan Umno Selangor, Lau Weng San mendakwa, Badruddin telah membuat kenyataan berbau perkauman dan berunsur hasutan sewaktu perhimpunan agung Umno pada 2004.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lau berkata, ketika berucap Badruddin memegang sebuah buku mengenai insiden 13 Mei dan memberi amaran kepada bukan Islam dan bukan Melayu supaya jangan mencabar hak istimewa orang Melayu dan kedudukan istimewa Islam di negara ini.

Beliau juga menjelaskan, walaupun insiden itu berlaku dua tahun lalu, adalah penting bagi pihak polis menyiasat Badruddin yang juga Ahli Parlimen Jerai, berkaitan kenyataannya itu.

Lau berkata, melalui laporan polis tersebut, pihak berharap pihak polis dan Peguam Negara akan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat kenyataan yang boleh menjejasakan perpaduan nasional.

Tambahnya, sebarang tindakan terhadap Badruddin akan menjadi pengajaran kepada yang lainnya, terutama mereka dalam Umno, supaya tidak lagi membuat kenyataan seumpama itu.

Lau membuat laporan tersebut di balai polis daerah Petaling Jaya, dengan diiringi oleh beberapa ahli dan pemimpin DAP.

Laporan polis

Dalam perhimpunan agung minggu lalu, kenyataan beberapa perwakilan Umno menimbulkan rasa kurang senang di kalangan banyak pihak.

Mereka menyifatkan perbahasan di perhimpunan agung Umno itu sangat berbaur perkauman.

Sebelum ini, Lau telah membuat satu lagi laporan polis pada 18 November lalu supaya disiasat ucapan perwakilan Umno dalam perhimpunan agung parti itu, yang berunsur perkauman.

Ini diikuti dengan laporan polis kedua oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pada 19 November dan laporan ketiga oleh Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan pada 21 November lalu.

Antara yang membuat ucapan berapi-rapi di perhimpunan agung Umno minggu lalu ialah perwakilan Melaka, Hasnoor Sidang Hussein yang menegaskan bahawa ‘Umno sanggup bergadai nyawa dan bermandi darah demi mempertahankan bangsa dan agama’.

Manakala perwakilan Perlis, Hashim Suboh pula berkata ini merupakan tahun kedua Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammduddin Hussein membawa dan menghunus kerisnya di perhimpunan agung Umno dan bertanya bilakah Ketua Pemuda itu mahu menggunakannnya.

Laporan di Parlimen

Manakala Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pula berkata tempoh dua tahun sejak Badruldin membuat kenyataan itu dan laporan polis yang dibuat hari ini, bukan suatu isu kerana tidak had masa yang ditetapkan bagi kesalahan jenayah berkaitan hasutan.

Katanya, beliau berharap laporan penuh mengenai tindakan polis itu diserahkan kepada Parlimen pada 7 Disember.

“Semuanya merupakan kes yang sudah jelas yang tidak perlu masa yang lama untuk disiasat. Semua buktinya boleh diperolehi dengan mudah kerana ianya disiarkan secara langsung,” katanya.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, beberapa perwakilan Umno yang menyentuh sensitiviti kaum dalam ucapan mereka, mungkin berdepan dengan tindakan.

Najib berkata, parti itu telah mengenalpasti beberapa ucapan yang dianggap “ekstrem” dan menyerahkan kepada ‘pihak yang berkenaan” untuk mengambil tindakan. Berita asal
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner