HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Wan Azizah beri laluan Anwar terajui PKR
Mac 3, 07 5:44pm
Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bersetuju memberi laluan kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai presiden baru parti itu, kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Sekiranya pemilihan Anwar sebagai Presiden PKR menjadi kenyataan, katanya, parti itu akan menentukan kedudukan Dr Wan Azizah supaya dapat terus memainkan peranan penting dalam parti itu.

Syed Husin berkata, berkata Anwar telah menerima beberapa pencalonan sebagai presiden daripada 15 bahagian yang telah mengadakan mesyuarat setakat ini. PKR mempunyai 165 bahagian di seluruh negara.

Menurut laporan Bernama, Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Temurapat PKR Perak di Ipoh hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye berkata, parti itu hanya akan mengemukakan rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekiranya Anwar dipilih sebagai presiden parti itu dalam Kongres Nasional PKR di Seremban Mei ini.

Larangan lima tahun

Menurut Bernama, Februari lalu, ROS menyatakan penasihat PKR itu perlu membuat permohonan kepada badan itu untuk membolehkan beliau menjadi presiden PKR.

Sebelum ini, Anwar telah menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah terhadap tuduhan salahkuasa kuasa.

Ekoran itu, beliau dikenakan larangan tidak boleh memegang jawatan parti atau bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun. Tempoh tersebut akan berakhir pada April tahun depan.

Jurucakap Pendaftar Pertubuhan dilaporkan sebagai berkata pihaknya mempunyai kuasa mengikut Seksyen 9A (4) Akta Pertubuhan, untuk meneliti dan mempertimbang memberi pengecualian atau pengurangan tempoh larangan Anwar memegang jawatan politik.

Pencalonan Anwar sebagai presiden bagi menggantikan Wan Azizah pertamakali diputuskan dalam mesyuarat PKR Bahagian Kelana Jaya pada 11 Februari lalu

 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner