Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengacara TV ditangkap kerana positif dadah
Diterbitkan:  May 12, 2007 8:22 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Seorang pengacara terkenal rancangan TV siasatan polis ditahan di Johor Bahru semalam setelah ujian air kencingnya didapati positif dadah. Pengacara itu bersama beberapa orang rakannya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di Jalan Abdullah Tahir.

Menurut laporan Bernama, seorang rakannya yang ditemui di luar ibu pejabat polis Johor Bahru Selatan berkata, pengacara itu berada di bandar itu untuk membuat penggambaran rancangan TV 360 Darjah terbitan NTV7.

Pengacara itu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail mengesahkan tangkapan itu.

ADS