Saya ditahan pada Jumaat, 13 Julai pada lebih kurang 4.30 petang di kawasan tempat letak kereta (B3) Phileo Damansara oleh 3 - 4 orang polis. Walaupun asalnya dibawa ke balai untuk disoal, saya ditahan apabila memaklumkan kepada polis bahawa saya dinasihati peguam untuk tidak mengikut polis secara sendiri tanpa peguam.
