-    +  
Adjust font size:
Umno buat laporan polis terhadap Malaysia Today
Jul 23, 07 4:12pm

Umno telah membuat laporan polis terhadap blog politik Malaysia Today kerana didakwa menyiarkan kenyataan yang menghina Islam dan Yang di-Pertuan Agong.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib di balai polis Tun H S Lee di Jalan Stadium di ibunegara tengah hari 
 
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

“Kita akan menyiasat perkara itu," katanya.

Muhd Taib memberitahu pemberita kemudiannya bahawa laporan polis itu dibuat berhubung kenyataan yang disiarkan di blog tersebut pada 11 Julai lalu dan beberapa artikel lain.

Katanya, ungkapan dan kenyataan dalam komen dan laporan di blog tersebut melanggar Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta  Komunikasi dan Multimedia.

"Ia membabitkan laporan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan
menghasut sehingga boleh merosakkan institusi Yang di-Pertuan Agong. Ia
juga menghina dan memperlekehkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan," katanya.

Menurutnya, komen-komen yang diterbitkan juga mengandungi unsur
menimbulkan rasa benci antara kaum sehingga boleh menjejaskan perpaduan dan
keselamatan negara.

Katanya, mungkin mereka (blogger) telah lupa bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak perkara yang sensitif.

Taib berkata, artikel-artikel tersebut boleh memberi pengaruh negatif terhadap generasi muda dan menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan segera.

Teori konspirasi

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh Malaysia Today, Raja Petra menulis tentang kemungkinan terdapat usaha-usaha untuk menutup lamanwebnya dan menangkapnya.

Dalam artikelnya yang bertajuk 'A game of cat and mouse', Raja Petra mendakwa, beliau telah dimaklumkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Australia baru-baru ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Malaysia Today telah menyiarkan beberapa artikel mengenai dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sabah dan KPN. Mereka telah menafikan dakwaan tersebut.

Lamanweb itu juga begitu kritikal terhadap Perdana Menteri dan menantunya, Khairy Jamaluddin, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno.

Sementara itu, Raja Petra, ketika dihubungi, enggan mengulas mengenai laporan polis tersebut. Berita asal



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner