Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM nafi pertimbang tubuhkan kasino di Forest City

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan laporan media berhubung dakwaan kerajaan sedang dalam rundingan untuk membuka kasino di Forest City di Johor.

Anwar juga berkata laporan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"(Pertimbangan) Lesen kasino tak betul, tak betul...itu tipu," katanya ringkas ketika ditemui di majlis rumah terbuka Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, laporan Bloomberg memetik sumber sebagai mendakwa, Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di sana dan Anwar telah bertemu dengan pengasas Berjaya Corp Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting pada minggu lalu.

Menurut laporan itu, wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, serta pegawai kanan kerajaan lain, turut hadir pada mesyuarat itu. Sultan Ibrahim adalah antara pemegang saham projek itu.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut, perbincangan mengenai projek kasino berkenaan masih dalam peringkat awal.

Lihat Komen
ADS