Pembentangan Bajet 2008 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat hari ini dilihat menjuruskan kepada persediaan parti pemerintah untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Ini dapat dilihat kepada penekanan yang diberikan oleh kerajaan dalam intipati bajet kali ini untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah, sebahagian besarnya di luar bandar yang merupakan majoriti pengundi dalam pilihanraya serta pengundi setia kerajaan, khususnya Umno.

Antara pengumuman yang memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung terhadap para pengundi ialah pemansuhan yuran sekolah. Tahun lalu, kerajaan memansuhkan yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil TInggi Persekolahan Malaysia (STPM). Yuran peperiksan Sijil Tinggi Agama Malaysi juga akan dimansuhkan.

Dalam bajet kali ini, kerajaan memutuskan untuk memperluaskan skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak, yang akan memberi manfaat kepada 5.7 juta berbanding 4.5 juta masa ini.

Dengan ini, tegas Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, sewaktu membentangkan bajet hari ini, pendidikan pendidikan di negara ini 100 peratus percuma.

Turut menerima 'durian runtuh' ialah golongan perguruan di mana kerajaan menaikkan eluan guru pendidikan khas dari RM100 kepada RM250 sebulan, elaun guru ganti berkelulusan ijazah - daripada RM85 kepada RM150 sehari - dan dan menyediakan elaun RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Di samping itu, pengecualian cukai pendapatan juga diberikan kepada sekolah rendah dan menengah yang dibiayai oleh badan amanah dan pertubuhan amal. Dan menurut Abdullah, ini akan memberi manfaat kepada sekolah Cina, Tamil dan sekolah agama.

Manakala elaun sara hidup hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan termasuk bagi kursus persediaan dan kursus bahasa - antara 23 peratus sehingga 84 peratus - berkuatkuasa mulai semester sesi 2007. Lebih 90,000 pelajar akan menikmati faedah kenaikan tersebut.

Rakyat akar umbi

Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan elaun sara hidup sehingga 97 peratus bagi pelajar Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada berkuatkuasa september 2007.

Satu lagi pengumuman dalam bajet 2008 yang jelas ditujukan kepada pengundi di kalangan rakyat akar umbi dan berpendapatan rendah dan sederhana ialah mengenai peruntukan sebanyak RM381 juta untuk program perumahan kos rendah untuk rakyat.

Daripada jumlah tesebut, RM191 juta adalah untuk program perumahan rakyat (PPR) disewa dan RM190 juta bagi PPR bersepadu. Menurut Perdana Menteri, 12,000 unit PPR disewa dan 25,000 unit PPR bersepadu sedang dalam peringkat pembinaan.

Manakala Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula akan mempergiatkan pembinaan rumah untuk golongan berpendapat rendah, iaitu 6,000 unit di bawah program pemulihan rumah terbengkalai, 36,000 program perumahan mampu milik dan dan 4,000 program rumah mesra rakyat.

Turut mendapat perhatian ialah usaha membangunkan Sabah dan Sarawak. Sejumlah RM4 bilion disediakan untuk melaksanakan projek memningkatkan kualiti hidup di Sabah dan antara projek utamanya ialah pembinaan jalan dan menaikan taraf jalan, perkhidmatna kesihatan luar bandar, kemudahan hospital, perumahan kos rendah, bekalan elektrik dan air.

Sejumlah RM4 bilion juga diperuntukkan untuk projek pembangunan di Sarawak, juga untuk pembinaan jalan, projek bekalan air dan elektrik serta projek pembangunan yang lain.

Di samping itu, Sabah dan Sarawak juga menerima peruntukan RM200 juta untuk mempergiatkan aktiviti pelancongan di kedua buah negeri itu, yang disediakan di bawah tabung infstrastruktur pelancongan yang diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan keutamaan diberikan kepada projek pelancongan yang memanfaatkan kekayaan semulajadi.

Abdullah juga mengumumkan peruntukan RM800 juta untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kaum bumiputera, termasuk kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu di Sarawak serta kaum Kadazan-Dusun, Melayu, Bajau dan Murut di Sabah. Antara projek yang akan dilaksanakan, terutama bagi golongan berpendapatan rendah, termasuk program perumahan, latihan kemahiran dan keusahawan, projek bekalan elektrik dan air, jalan kampung dan pendidikan prasekolah.

Basmi kemiskinan

Perdana Menter juga mengumumkan peruntukan RM214 juta untuk tujuan pembasmian kemiskinan, antaranya langkah meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkukuh pembangunan modal insan serta memberi bantuan perumahan kepada golongan miskin tegar.

RMRM117 juta, kata Abdullah, diperuntukan bagi melaksanakan program pengurangan kemiskinan dan program lonjakan mega untuk menjana pendapatan penduduk di kawasan kurang maju dan terpencil.

Manakala RM680 juta diperuntukkan untuk membina jalan luar bandar dan jalan kampung, RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik luar bandar, RM70 juta untuk kemudahan sosial dan RM15 juta pendidikan ICT di luar bandar.

Abdullah juga mengumumkan peruntukan RM170 juta untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli.

Bagi golongan wanita pula, yang merupakan pengundi teramai di Malaysia, sebanyak RM782 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti dan kemahiran wanita, khususnya ibu tunggal serta usaha mengimarahkan rumah nur.

Kementerian itu juga ditugaskan untuk menggalakkan kaum ibu menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di rumah untuk membuka peluang pekerjaan kepada suri rumah serta membolehkan lebih ramai wanita menyertai pasaran kerja.

Sehubungan itu, peruntukan RM10 juta bagi badan bukan kerajaan (NGO) memberi latihan kepada surirumah mengenai kaedah penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Warga emas

Turut mendapat perhatian ialah golongan warga emas. Bank Negara akan menerbitkan RM2 bilion bon untuk dilanggani warga emas 55 tahun ke atas - maksimum RM50 seorang.

Di samping itu, menurut Perdana Menteri, kadar bantuan untuk warga emas juga dinaikan dari RM200 kepada RM300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Elaun bulanan untuk orang kurang upaya (OKU) juga dinaikkan dari RM200 kepada RM300.

Kerajaan juga akan menyediakan bantuan khas RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantas dan pesakit penyakit kronik.

Manakala otongan cukai kepada majikan bagi kos ubahsuai tempat kerja bagi pekerja OKU.

RM6 bilion untuk PDRM

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini diperuntukan RM6 bilion untuk banteras jenayah bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Untuk itu, PDRM akan membuat pengambilan 6,000 anggota baru dalam tempoh lima tahun.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk membanteras jenayah dengan meningkatkan pengawasan polis, terutama di kawasan berisiko tinggi berlaku

jenayah.

Menurutnya, pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat akan dibekalkan dengan tambahan 2,000 unit kereta nasional dan 1,600 komputer.

Sebanyak ,900 motosikal disediakan untuk meningkatkan aktiviti pengawasan dan rondaan polis.

Abdullah berkata Unit Bergerak Forensik PDRM juga akan ditubuhkan di setiap kontinjen polis.

Kerajaan, katanya, akan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan ke pusat kawalan Polis.

Keluar caruman

Satu lagi yang dilihat ada kaitan dengan pilihanraya ialah langkah membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran bulanan untuk membiayai pinjaman perumahan.

Skim ini, kata Abdullah, akan membolehkan pencarum memiliki rumah yang lebih selesa serta meringankan beban kewangan mereka.

"Ini merupakan langkah besar yang akan memberi manfaat kepada lima juta

pencarum KWSP yang aktif. Skim ini akan membolehkan pencarum memiliki rumah

yang lebih selesa serta meringankan beban kewangan mereka," katanya.

Ucapan penuh Bajet 2008