Pita Lingam: Ketua Hakim Negara tiada apa-apa komen....
"Saya diarah untuk memaklumkan bahawa YAA Ketua Hakim Negara tiada apa-apa komen". Begitulah kandungan faks yang dihantar oleh pejabat Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim kepada malaysiakini petang tadi.
"Saya diarah untuk memaklumkan bahawa YAA Ketua Hakim Negara tiada apa-apa komen". Begitulah kandungan faks yang dihantar oleh pejabat Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim kepada malaysiakini petang tadi.
Faks dua perenggan yang ditandatangani oleh Pegawai Khas kepada Ahmad Fairuz - Arleen Ramly - diterima oleh malaysiakini pada jam 4.55 petang.
Ia adalah sebagai respons kepada faks
malaysiakini
berhubung pendedahan klip video yang menunjukkan peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ahmad Fairuz, mengatur pelantikan hakim.
Klip video itu didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia menunjukkan peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang bercakap melalui telefon, didakwa Ahmad Fairuz.
Perbualan tersebut adalah mengenai usaha menentukan pelantikan rakan-rakan kanan 'yang sehaluan'. Ia dirakamkan pada tahun 2002 ketika Ahmad Fairuz menjadi Hakim Besar Malaya.
Klip video itu turut mendedahkan perbincangan mengenai pelantikan Ahmad Fairuz sebagai ketua hakim negara, yang menjadi menjadi kenyataan pada tahun 2003.
Di samping klip video tersebut, Anwar juga mendedah rakaman audio di mana namanya turut disebut.
Rakaman tersebut menunjukkan Lingam berlegar-legar dalam sebuah bilik, sambil berbual melalui telefon.
Kesimpulan daripada perbualan tersebut ialah "pemain-pemain utama" perlu dicalonkan dalam pelantikan hakim supaya dapat mendengar kes-kes dan memberi penghakiman seperti yang dikehendaki.
Pada satu ketika sewaktu perbualan tersebut - dipercayai dengan Ahmad Fairuz dalam kontek perbualan tersebut - nampak wujud dua puak dalam badan kehakiman yang sehaluan dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan dengan penggantinya, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah.
Dalam perbualan tersebut, Lingam menyuarakan kerisauannya bahawa Dzaiddin yang akan bersara, mahu melantik 'orang-orangnya' ke jawatan tinggi badan kehakiman.
Perbualan Lingam juga menyentuh jutawan Tan Sri Vincent Tan, sekutu rapat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu. Mereka dijadual menemui Dr Mahathir berhubung pelantikan hakim-hakim.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.