Pita Lingam: Tidak perlu tubuh suruhanjaya diraja, kata PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat kontroversi 'pita Lingam'.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat kontroversi 'pita Lingam'.
Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Abdullah berkata, yang penting ialah mempastikan terlebih dahulu kesahihan klip video tersebut.
Klip video itu didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia menunjukkan peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang bercakap melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Perbualan tersebut adalah mengenai usaha menentukan pelantikan rakan-rakan kanan 'yang sehaluan'.
Klip video itu yang dikatakan dirakam pada tahun 2002, turut mendedahkan perbincangan mengenai pelantikan Ahmad Fairuz sebagai ketua hakim negara, yang menjadi menjadi kenyataan pada tahun 2003.
Di samping klip video tersebut, Anwar juga mendedah rakaman audio di mana namanya turut disebut.
Usul tergempar
Perdana Menteri berkata, polis perlu menyiasat kes itu dengan segera kerana klip video itu boleh menimbulkan rasa marah rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang melaporkan mengenai klip video tersebut jika dakwaan tersebut tidak benar.
Sementara itu, Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan permintaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, untuk membentangkan usul tergempar di Parlimen mengenai krisis badan kehakiman tersebut.
Wan Azizah, dalam usulnya, mahu perkara tersebut dibahaskan dan sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salahguna kuasa berhubung pelantikan hakim di negara ini.
Beliau mahu perkara itu dibahaskan sebaik sahaja sidang Parlimen disambung pada 22 Oktober depan.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.