Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS memberi jaminan bahawa hak-hak orang bukan Islam, khususnya orang Cina, akan dikekalkan dan dibela, termasuk keperluan menternak dan menjual daging babi kepada kaum itu seperti di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, apa yang kerajaan negeri lakukan untuk orang Cina di Kelantan akan diamalkan di seluruh negara jika parti itu memerintah kelak.

Katanya, sejak memerintah Kelantan 17 tahun lalu, kerajaan negeri bukan sahaja mempertahankan hak orang Cina tetapi memberi bantuan kepada kaum tersebut sepertimana yang dinikmati oleh orang Melayu.

Di Kelantan, katanya, orang Cina boleh menjual daging babi secara terbuka di pasar yang letaknya berhampiran pasar orang Melayu tanpa sebarang masalah.

"PAS memberi jaminan orang Cina bebas menggunakan bahasa dan mengamalkan adat resam mereka tanpa sebarang halangan daripada kerajaan atau kaum-kaum lain.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS