Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, mencatatkan keuntungan pra-cukai RM4.951 juta dalam suku kedua berakhir 30 September berbanding dengan kerugian RM240.479 juta setahun lalu.
Jualannya dalam tempoh itu meningkat kepada RM1.306 bilion daripada RM1.274 bilion setahun sebelum itu, kata Proton kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pencapaian itu telah mengecilkan kerugian pra-cukai separuh tahunnya kepada RM41.896 juta daripada RM336.016 juta sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama.
Bagaimana pun, perolehan April-September turun sedikit kepada RM2.449 bilion daripada RM2.693 bilion berbanding dengan tempoh setahun yang lalu.
Sementara itu, AFP melaporkan bahawa Proton mencatat keuntungan dalam suku kedua ekoran peningkatkan jualan model terbarunya, Persona.
Dalam satu kenyataan, Proton berkata, keadaan pasaran yang menggalakkan bagi model Persona telah memperbaiki kedudukan syarikat nasional tersebut.
Penguasaan pasaran meningkat
Menurut kenyataan itu lagi, penguasaan pasaran kereta Proton telah meningkat kepada 33.1 peratus berbanding 26.5 peratus pada suku tahun yang lalu.
Katanya, Proton akan terus menumpukkan kepada pertumbuhan jumlah eksport keretanya yang kini masuk ke pasaran Iran dan Thailand.
Proton tidak akan membayar dividen untuk suku tahun berkenaan.
Saham Proton naik dua sen atau 0.6 peratus kepada RM3.60.
Harga saham Proton jatuh teruk selepas ia membatalkan rundingan untuk mengadakan pakatan strategik dengan Volkswagen dan General Motors awal bulan ini. |
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
|