Majlis Peguam batal perarakan Hari Hak Asasi Manusia
Majlis Peguam Malaysia telah membatalkan perarakan tahunannya sempena Hari Hak Asasi Manusia Ahad ini selepas pihak polis meminta majlis tersebut memohon permit untuk berbuat demikian.
"Kita membatalkannya (perarakan dari Sogo ke Pasar Seni), tetapi akan meneruskan sambutan lain yang telah diatur di Pasar Seni," kata Pengerusinya, Ambiga Sreenevasan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ambiga berkata majlis itu berpendirian bahawa syarat memohon permit polis itu "melanggar hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman".
"Malah, Suruhanjaya Diraja Polis dan Suhakam telah menggesa supaya undang-undang itu dimansuhkan, begitu juga dengan Majlis Peguam," katanya.
Menurut Ambiga lagi, Majlis Peguam telah diminta mengemukakan permohonan permit bagi pertimbangan pihak polis untuk mengadakan perarakan tersebut.

Selepas membuat pertimbangan, beliau berkata, pihaknya percaya syarat tersebut merupakan satu belenggu terhadap hak mereka untuk berhimpun secara aman.
Sejak dua tahun lalu, Majlis Peguam mengadakan perarakan tersebut tanpa perlu mendapatkan permit polis.
Acara di Pasar Seni
Sementara itu, Ambiga menyifatkan kontroversi yang membabitkan perarakan tersebut sebagai "sesuatu yang malang dan tidak sewajarnya berlaku".
"Ini adalah satu acara yang kita telah adakan sejak dua tahun lalu sebagai mengiktiraf Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, yang jatuh pada 10 Disember setiap tahun" kata Presiden
Selain perarakan itu, Majlis Peguam turut mengadakan beberapa acara di Pasar Seni, termasuk pembacaan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, persembahan orang kumpulan Orang Asli serta pertandingan melukis untuk kanak-kanak.
Oleh itu, katanya, ia tidak seharus mencetuskan sebarang kontroversi.
Sebaliknya, tegas Ambiga, acara tersebut akan mewujudkan keharmonian kaum dan seperti tahun-tahun sebelumnya, pihaknya berarakan secara aman sempena menyambut hari hak asasi manusia di seluruh dunia.
Sabtu lalu, Ambiga menjelaskan bahawa ia bukanlah satu perarakan protes tetapi bagi merayakan sambutan hari hak asasi manusia.
Pada 26 September lalu, Majlis Peguam telah mengadakan "Berjalan Untuk Keadilan" di Putrajaya yang disertai oleh kira-kira 2,000 peguam, ekoran pendedahan klip video Lingam.
Perarakan tersebut tidak mendapat permit dan beberapa ahli jawatankuasanya telah dipanggil oleh pihak polis. Bagaimanapun, hasil siasatan tersebut belum diketahui.
Lapor komen ini

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.