Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lebih 4,000 orang membanjiri kawasan ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Kebun di Kampung Jawa, Klang malam tadi.

Beberapa orang anggota polis kelihatan berada di i tempat ceramah tersebut yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Pada mulanya, ceramah tersebut, yang turut dihadiri oleh Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual diadakan di Dewan Hokkien, di bandar Klang.

Bagaimanapun, kerana tidak mendapat permit, pihak penganjur memutuskan untuk mengubah tempat ceramah ke Jalan Kebun.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS