Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parti mahasiswa mahu cabar Mustapa di Jeli
Diterbitkan:  Jan 21, 2008 4:32 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Parti Mahasiswa Negara (PMN) tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dalam pilihanraya umum akan datang.

Ia ekoran tindak-tanduk Mustapa yang didakwanya menyekat suara dan tindakan mahasiwsa, kata Setiausaha Politiknya, Amirul Faiez dalam satu kenyataan hari ini.

"PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa, walaupun telah nyata mahasiswa layak mengundi tapi mengapa tidak layak untuk menyatakan sokongan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS