• Syed Husin: Kaji semula rancangan ubah buku teks sastera
  • 1201234980
  • Parti Keadilan Rakyat (keADILan) menggesa kuat kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, supaya mengkaji semula rancangannya untuk mengubah buku teks bagi mata pelajaran Bahasa/ Sastera di sekolah-sekolah mulai tahun 2010.

    Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali berkata, sudah dilaporkan dalam akhbar bahawa kerajaan bercadang untuk menggugurkan karya-karya terkenal oleh semua Sasterawan Negara dan pemenang SEAWrite Award dan menggantinya dengan karya-karya penulis yang belum mendapat pengiktirafan dari masyarakat mahupun juga kerajaan.

    "Jika laporan media ini benar, maka nyata sekali kerajaan tidak bertindak bijak dan kami sangat-sangat kecewa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    • Jadi contoh
    • Penulis picisan