Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas setiausaha Datuk VK Lingam membuat pendedahan yang mengejutkan terhadap bekas bosnya itu ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam hari ini.

Dalam akuan bersumpahnyanya, GN Jayanthi, 45, berkata beliau bekerja hingga jam 3 pagi di pejabat Lingam untuk menyediakan draf penghakiman yang akhirnya menjadi keputusan penting yang dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin dalam kes saman fitnah Tan Sri Vincent Tan terhadap MGG Pillai.

Ini, katanya, berlaku antara bulan November dan awal Disember tahun 1994,

vk lingam royal commission 120208 jayanthi Lingam mewakili Tan, seorang ahli perniagaan, dalam kes saman sebanya, RM10 juta itu.

Jayanthi berkata beliau "masih ingat dengan jelas" bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi kakitangan, J Sumanti menaipnya.

"Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan kepada Mokhtar.

"Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan," katanya.

Jayanthi menegaskan bahawa pada malam berkenaan, Lingam dibantu oleh adiknya Datuk V Sivaparanjothi, peguam Adam Bachek dan bekas pengerusi Mahkamah Perindustrian, W Satchithanandan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan, Jayanthi berkata, beliau telah membuat tempahan tiket penerbangan untuk Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin untuk percutian ke New Zealand pada 1994.

Menurutnya, beliau menyediakan pelan perjalanan tersebut berdasarkan kepada jadual tulisan tangan dari syarikat pelancongan yang mengendalikan percutian mereka.

Selepas Lingam pulang dari percutian tersebut, Jayanthi diberi tiga gulung filem percutian tersebut untuk diproses di mana segulung daripadanya tidak diambil balik oleh Lingam.

Ia merupakan foto dan keratan tiket serta jadual percutian yang Jayanthi serahkan kepada peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

'Merbahaya dan pendendam'

lingam tape hearing 300108 vk lingam 01 Beliau memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa Satchithanandan telah mengingatkannya bahawa Lingam adalah seorang yang "merbahaya dan pendendam".

Menurut Jayanthi, peguam tersebut tidak puashati kerana Lingam telah mengesyorkan bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, KL Rekhraj dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman dan bukannya Satchithanandan.

"Satchi mengadu kepada saya bahawa Lingam tidak memegang janjinya untuk mengesyorkan kepada ketua hakim supaya melantik beliau sebagai pesuruhjaya kehakiman, walaupun beliau yang memperkenalkan Lingam kepada ketua hakim (Eusoff)," katanya.

Jayanthi juga memberitahu bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memaklumkan kepadanya pada 1998 bahawa penyiasatan yang membabitkan Lingam telah ditutup kerana ia "membabitkan pegawai tinggi".

Jayanthi juga memberitahu bahawa BPR telah memberinya RM3,000 dan beliau mengambilnya. Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan mengapa BPR memberi wang itu kepadanya.

'

ADS