HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah PROMOTION Pekerjaan Pelancongan Juadah
Anwar anggap pilihanraya awal 'memalukan'
AFP
Feb 13, 08
7:21pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebagai sesuatu yang "memalukan" bagi kerajaan mengadakan pilihanraya umum sebelum berakhir tempoh larangan untuk beliau bertanding.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan bulan depan.

Tempoh larangan ke atas Anwar berakhir pada 15 April depan.

"Tidak pernah berlaku sebelum ini di mana pilihanraya diadakan selepas tiga tahun setengah kerajaan memerintah dengan majoriti lebih dua pertiga," kata Anwar kepada pemberita di Hong Kong.

"Satu-satunya sebab yang anda boleh fikirkan ialah untuk menafikan saya peluang bertanding dalam pilihanraya umum kali ini," katanya.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan dan Umno pada 1998 dan kemudiannya menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas tuduhan salahguna kuasa dan liwat, yang dianggap banyak pihak sebagai bermotifkan politik.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan hukuman liwat ke atasnya tetapi sabitan bagi tuduhan salahguna kuasa menyebabkan beliau tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya sehingga 15 April depan.

"Adalah sesuatu yang memalukan apabila Perdana Menteri memilih untuk mengadakan pilihanraya umum (sekarang)," katanya dalam sidang akhbar anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asia.

Tanding pilihanraya kecil

Anwar berkata beliau berharap parti PKR pimpinannya akan memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi dalam pilihanraya umum kali ini, dan barisan pembangkang pula akan mencatat kemenangan majoriti, dengan syarat ianya dijalankan secara adil.

"Pilihanraya pastinya tidak adil dan bebas. Tiada akses pada media di Malaysia, senarai pengundi masih dipersoalkan dan terdapat ratusan malahan ribuan pengundi hantu," katanya.

Menurut Anwar lagi, berlaku penipuan dalam undi pos dan kehadiran ribuan pengundi yang didaftar dalam setiap kawasan pilihanraya yang berumur lebih 100 tahun, turut menimbul kecurigaan bahawa pilihanraya memihak kepada parti pemerintah.

Beliau berkata, seorang calon PKR yang menang dalam pilihanraya umum kali ini, akan meletak jawatan bagi membolehkan beliau (Anwar) bertanding dalam pilihanraya kecil selepas tamat tempoh larangan ke atasnya.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner