Menurut jurucakapnya Sekh Amir Ali, parti itu hanya bertanding satu kerusi dan tidak akan meletakkan calon di kawasan Jeli, kerusi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed seperti dilaporkan.
"Itu bacaan awal kita. Sekarang kita ingin bertanding menentang orang nombor satu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.PMN telah mengirim surat kepada parti-parti pembangkang, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu, tambahnya.
"Tunggu dan lihat. Yang penting, suatu kejutan," katanya apabila ditanya mengenai calon parti itu.
Beliau juga menegaskan pelajar yang menyokong PMN akan turut berkempen walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menghalang penglibatan dalam politik.
"Kita tidak pernah beriman dengan AUKU," katanya.
Ditanya tindakan disiplin oleh pihak universiti yang boleh dikenakan kepada pelajar yang berkempen, beliau berkata: "Tengoklah nanti macam mana."
PMN mendakwa mendapat sokongan 2,000 pelajar.